Sambut baik Lima Tekad Selangor

Rakyat berharap seluruh calon PH-BN untuk bawa Selangor sebagai negeri maju dapat direalisasikan

A
A
A

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (depan, dua dari kiri) bersama pimpinan parti PH-BN serta seluruh calon daripada kerajaan negeri kini bekerja keras menghadapi PRN yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (depan, dua dari kiri) bersama pimpinan parti PH-BN serta seluruh calon daripada kerajaan negeri kini bekerja keras menghadapi PRN yang akan diadakan pada Sabtu ini.

SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun, diharap dapat direalisasikan jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Ia mengandungi 53 tawaran itu dilihat bukan sahaja memperkasakan ekonomi malah pendidikan, agama, khidmat kerajaan, pembangunan dan kesihatan.

Rata-rata orang ramai menerima baik manifesto yang ditawarkan PH-BN di Selangor kerana mengambil kira semua aspek berkaitan keperluan rakyat

Lima teras itu adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi; Agama Sebagai Cahaya dan Inspirasi Kehidupan Bermaruah di Selangor; Perkhidmatan Kerajaan Yang Cekap dan Efisien; Pembangunan Mampan, Selesa dan Berdaya Huni; dan Selangor Negeri Penyayang Yang Membela Kepentingan Rakyat.

REAKSI

Artikel Berkaitan:

SHARIFAH AZUANI
SHARIFAH AZUANI



"Dalam keadaan semasa, wanita sekarang lebih banyak bekerjaya jadi dengan adanya insentif penyediaan fasiliti untuk penjagaan kanak-kanak, mereka yang keluar bekerja tidak risau lagi untuk tinggalkan anak kepada pengasuh. Ia kerana pengasuh yang disediakan nanti bertauliah justeru inisiatif seperti ini memang disambut baik oleh rakyat,"- Pengarah Pemasaran Laman Teknologi, Sharifah Azuani Datuk Sayed Mohd Ali, 37.

"Sebagai seorang belia, saya amat setuju dengan bantuan yang akan diberikan kepada mahasiswa sebanyak RM1,500. Saya peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kos yuran, mencetak serta Ipad agak mahal untuk pelajar jurusan reka grafik jadi inisiatif itu dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan mahasiswa," - Pelajar, Syafiqah Zurfarahin Salim, 23.

NORHIDAYATI
NORHIDAYATI



"Program saringan kesihatan Selangor memang dilakukan secara meluas dan menerima sambutan yang menggalakkan. Bagus program saringan ini kerana bawa manfaat kepada rakyat, terutama sekali golongan B40 yang tidak ada kenderaan," - Suri Rumah, Norhidayati Azmi, 41.

NIZAMUDDIN
NIZAMUDDIN

“Sebagai anak muda yang mengundi di Selangor, saya lihat Lima Tekad Lima Tahun yang diperkenalkan Menteri Besar Selangor ini begitu inklusif kerana tiada satu golongan pun yang ketinggalan, semuanya mendapatkan manfaat yang sewajarnya,” - Pekerja logistik, Nizamuddin Salehuddin, 25.

“Saya begitu tertarik dengan kerangka kelima yang mana Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat dengan mewujudkan Insentif Wanita Kita Selangor. Bagi saya insentif ini benar-benar membantu mengurangkan kos wanita bekerja yang mahu menghantar anak ke pusat asuhan," - Suri rumah, Idda Jaafar, 43.

JULIA NUR MAISARAH
JULIA NUR MAISARAH

"Tawaran bantuan sebanyak RM1,500 kepada mahasiswa dan memberikan latihan industri dengan bayaran yang sama kepada 2,000 orang muda sebenarnya banyak membantu kepada pelajar seperti kami. Ia dapat memberi sokongan kewangan untuk kami yang mungkin memerlukan bantuan tambahan bagi menampung kos pengajian dan kehidupan harian. Selain itu, bagi pelajar, ia peluang untuk menambah pengalaman praktikal melalui amali atau latihan industri, " - Pelajar, Julia Nur Maisarah Joo Yusnizam, 22.

"Bagi saya, dalam tawaran Tekad Ketiga itu iaitu bantu perniagaan beralih sepenuhnya sistem digital sangat baik. Ini kerana ia bakal membolehkan kerja kami menjadi sistematik dan lebih mudah," - Usahawan, Datuk Siti Hajar Ilias Khan, 66.

MOHD ZAINAL
MOHD ZAINAL

"Tekad Keempat: Pembangunan Mampan, Selesa & Berdaya Huni, sediakan 200,000 unit Kediaman Kita Selangor dengan harga bawah RM250,000 memang bagus. Kita yakin dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kerana beliau telah membuktikan kerajaan negeri mampu melaksanakannya,” - Pereka grafik, Mohd Zainal Zamzuri, 37.

"Tentang 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi itu satu tawaran yang baik dan saya setuju kerana selain taraf pendidikan, peningkatan kos sara hidup juga perlu dititikberatkan agar ia dilihat ada perseimbangan,” - Eksekutif Pemasaran Digital, Zuhra Zulkifli, 25.

SITI FARAH
SITI FARAH

"Jika kelas belajar bahasa itu percuma dan ditunaikan janji memang bagus, jadi ada peningkatan dalam pendidikan. Untuk anak muda, tawaran 10,000 Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu sangat membantu terutama mereka yang tidak berkemampuan untuk menyambung Pelajaran," -Eksekutif Pemasaran Maybank, Siti Farah Wahidah Alias, 42.