Skuad muda sasar separuh akhir Piala AFF B-23

Skuad negara akan menyertai Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand bermula 17 hingga 26 Ogos ini.
Skuad negara akan menyertai Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand bermula 17 hingga 26 Ogos ini.
A
A
A

SKUAD bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara diyakini mampu mara ke peringkat separuh akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023 yang bakal berlangsung di Thailand pertengahan bulan ini.

Keyakinan itu diluahkan pengurus skuad B-23, Datuk Seri Shahril Mokhtar berdasarkan kepada sebahagian besar pemain yang dipanggil ketua jurulatih, E Elavarasan merupakan skuad yang menjalani latihan pusat di Melaka pada Jun lepas.

Justeru, beliau percaya mereka mampu membentuk keserasian yang baik biarpun tanpa pemain utama termasuk tonggak muda Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi dan penyerang KL City FC, Haqimi Azim.

“Tetapi untuk makluman semua, lebih kurang 80 peratus pemain yang kita panggil kali ini iaitu 25 orang skuad yang menghadiri sesi latihan di Melaka baru-baru ini.

“Jadi, in terms of chemistry... Insya-ALLAH. In terms of target pula, saya yakin kita sekurang-kurangnya boleh sampai ke peringkat separuh akhir kalau tidak ke final,” katanya.

Pada Isnin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 25 pemain untuk menyertai kem latihan pusat yang dijadualkan bermula pada 13 Ogos ini.

Skuad Harimau Muda itu dijadualkan berlepas ke Thailand pada 16 Ogos sebelum mengharungi Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, bermula 17 hingga 26 Ogos.

Mengikut jadual perlawanan, anak-anak buah Elavarasan akan memulakan saingan berdepan Indonesia pada 18 Ogos sebelum bertemu Timor-Leste empat hari kemudian.

Artikel Berkaitan:

Juara kumpulan (3 pasukan) dan naib juara kumpulan terbaik (1 pasukan) akan layak ke separuh akhir pada 24 Ogos, seterusnya aksi penentuan tempat ketiga dan final bakal berlangsung pada 26 Ogos.