Polis minta bantuan orang ramai kesan wanita OKU hilang

Nur Faizatul Azwani kali terakhir dilihat di Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan dengan mengenakan baju berwarna ungu dan bertudung hitam.
Nur Faizatul Azwani kali terakhir dilihat di Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan dengan mengenakan baju berwarna ungu dan bertudung hitam.
A
A
A

TELUK INTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 1 Ogos lepas.

Nur Faizatul Azwani Kasim, 31, kali terakhir dilihat di Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan dengan mengenakan baju berwarna ungu dan bertudung hitam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan kehilangan wanita itu dibuat suami mangsa selepas menyedari tidak pulang ke rumah mereka di Sungai Jejawi, Teluk Intan.

"Pada hari kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang menaiki bas dari rumah adiknya di Shah Alam ke Teluk Intan.

"Bagaimanapun, sebaik turun di stesen bas tersebut sekitar jam 2 petang, mangsa tidak pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata, suami mangsa telah berusaha menjejaki wanita itu dengan bertanya kepada saudara mara termasuk yang tinggal di Teluk Intan, tetapi gagal menemui.

Katanya, satu laporan polis kemudiannya dibuat pada 3 Ogos lalu bagi mengesan kehilangan mangsa.

"Orang ramai yang pernah melihat mangsa diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Nurhalim Shamsuri di talian 013-9685829," katanya.

Artikel Berkaitan: