Empat nelayan asing tiada dokumen ditahan

Bot kelas C yang dinaiki lima nelayan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
Bot kelas C yang dinaiki lima nelayan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama lima nelayan pada jam 10.50 pagi, Isnin.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 15.7 batu nautika barat laut Pulau Kendi.

"Semasa rondaan rutin di perairan Pulau Kendi, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan lalu menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan oleh lima nelayan termasuk tekong yang mana, seorang nelayan merupakan warga tempatan dan empat lagi warga Myanmar.

"Kita telah membuat pemeriksaan pada kesemua nelayan berkenaan dan mendapati, empat nelayan asing terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemuanya berusia antara 22 hingga 41 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Empat daripada lima nelayan yang merupakan warga asing direman 14 hari untuk siasatan lanjut.
Empat daripada lima nelayan yang merupakan warga asing direman 14 hari untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, bot tersebut dirampas kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan.

"Sementara itu, empat nelayan asing tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau dokumen yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Mereka turut direman selama 14 hari bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, bot dan hasil tangkapan ikan campur sebanyak 200 kilogram yang dianggarkan bernilai RM600 dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk tindakan lanjut.