PN Negeri Sembilan disaran buat manifesto baharu - Aminuddin

Aminuddin bersalam dengan angota polis yang menunggu giliran untuk mengundi awal di Balai Polis Sikamat
Aminuddin bersalam dengan angota polis yang menunggu giliran untuk mengundi awal di Balai Polis Sikamat
A
A
A

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan disaran membuat manifesto baharu yang lebih baik dan menarik berbanding yang telah diumumkan baru-baru ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, apa yang ditawarkan gabungan berkenaan adalah hanya diulang balik.

"Saya rasa apa yang dinyatakan itu diulang balik dan saya rasa perlu ada yang baharu," katanya ketika ditemui melawat pusat pengundian awal di Balai Polis Sikamat di sini pada Selasa.

Sebelum ini PN Negeri Sembilan melancarkan manifestonya dengan menawarkan lapan inisiatif yang akan dilaksanakan sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Antara tawaran itu termasuk inisiatif Bantuan Prihatin Peniaga Nismilan dengan peruntukan geran sebanyak RM4 juta setahun kepada penjaja dan peniaga kecil serta inisiatif Nismilan Muda yang akan diwujudkan bagi menyediakan latihan perniagaan digital kepada bakal usahawan muda dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta setahun.

Dalam pada itu Aminuddin yang merupakan calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat menyatakan keyakinan yang sokongan masyarakat Melayu kepada gabungan Kerajaan Perpaduan itu semakin meningkat berbanding bulan April lalu.

Aminuddin (kanan) berbisik kepada calon bebas Bujang Abu yang turut meninjau pusat pengundian awal di Balai Polis Sikamat
Aminuddin (kanan) berbisik kepada calon bebas Bujang Abu yang turut meninjau pusat pengundian awal di Balai Polis Sikamat

Ujarnya, perubahan positif itu kemungkinan berlaku selepas usaha memberi penerangan kepada masyarakat yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen.

Artikel Berkaitan:

"Sokongan terhadap PH dan Barisan Nasional(BN) terus meningkat sehingga dua hari lepas, begitu juga sokongan orang Melayu, kemungkinan disebabkan penerangan yang kita lakukan.

" Insya-ALLAH saya yakin bahawa masyarakat Melayu akan bersama PH dan BN, begitu juga kaum Cina dan India," katanya.