Amirudin akui BN majukan Selangor

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SEPANG - Pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini merupakan ujian pertama kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Namun demikian, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berpuas hati dengan kerjasama erat telah ditunjukkan oleh kedua-dua parti gabungan itu dalam menghadapi PRN pada kali ini.

Menurutnya, hasil permuafakatan dan perbincangan dalam soal pemilihan calon Kerajaan Perpaduan juga menghasilkan keputusan yang baik apabila tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.

"Sebab itu kita bawakan matlamat dan juga tema kita iaitu kesinambungan, kesinambungan daripada kejayaan-kejayaan yang telah ditempa (sebelum ini).

"Saya setuju dengan pandangan, siapakah yang bangunkan negeri Selangor sampai (menjadi) negeri maju, Barisan Nasional, saya tak pernah nafikan, memang Barisan Nasional yang majukan.

Antara penyokong Kerajaan Perpaduan yang memenuhi tapak Ceramah Kita Selangor Arus Merah Kuning di Bukit Changgang.
Antara penyokong Kerajaan Perpaduan yang memenuhi tapak Ceramah Kita Selangor Arus Merah Kuning di Bukit Changgang.

"Dan siapa sambung tugas itu, Pakatan Harapan, dan sekarang dua-dua elemen sudah terbukti bahawa (menyumbang kepada) kemajuan di negeri Selangor," katanya berucap pada Ceramah Kita Selangor Arus Merah Kuning.

Hadir sama pada majlis diadakan di Dataran Sadiman, Bukit Changgang pada Isnin malam itu ialah calon Dengkil dari BN, Noorazli Said dan beberapa pemimpin BN dari luar Selangor.

Artikel Berkaitan: