Kot milik Elvis berjaya dilelong melebihi £100,000 di Britain

Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih £100,000 dalam satu acara lelongan di Britain
Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih £100,000 dalam satu acara lelongan di Britain
A
A
A

KOT buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih £100,000 dalam satu acara lelongan di Britain, kata agensi berita Jerman (dpa).

Pakaian itu dibeli dengan harga £128,000 oleh seorang pengumpul Amerika Syarikat apabila ia dilelong di Henry Aldridge & Son di Devizes, Wiltshire.

Presley memberikan jaket kulit dan mink, yang panjangnya satu meter dan 20cm, kepada abang tunangnya Ginger Alden sebelum meninggal dunia pada 1977.

Ia disertakan dengan surat ketulenan daripada Rosemary Alden Starkey, iaitu adik kepada Ginger Alden. - Bernama