51 mangsa banjir dibawa ke pusat pemindahan

Setakat ini hanya sebuah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 51 mangsa di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung.
Setakat ini hanya sebuah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 51 mangsa di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di Sungai Dua di sini bagi menempatkan sembilan keluarga membabitkan 51 orang mangsa.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh Pulau Pinang berkata, pusat pemindahan itu dibuka di Dewan Muhibbah, Merbau Kudung pada jam 5.30 pagi tadi.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada 16 lelaki; 11 wanita; 15 kanak-kanak lelaki, lapan kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.

"Selain itu, dua warga emas turut dibawa ke pusat pemindahan itu kerana rumah mereka dimasuki air selepas hujan lebat dari tengahari semalam.

"Sehingga 7.40 pagi tadi, hanya satu pusat pemindahan dibuka oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara (SPU)," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, sehingga jam 7 pagi tadi, terdapat lapan lokasi di kawasan sekitar turut dinaiki air namun tidak serius.

"Antara kawasan terlibat adalah Kampung Sungai Lokan; Taman Cantik; Kampung Setol; Sungai Chegar, Kampung Lahar Ikan Mati, kawasan perindustrian dan Flat Mak Mandin.

"Laporan dari Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran SPU, taburan hujan dicatatkan 121 milimeter (mm) sepanjang malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Sepohon pokok tumbang dan menimpa sebuah rumah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sepohon pokok tumbang dan menimpa sebuah rumah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Boon Poh berkata, sebuah rumah teres satu tingkat ditimpa sepohon pokok di bahagian belakang di Pajak Song di sini.

"Tiada kemalangan jiwa dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

"Selain rumah tersebut, ada dua lagi kejadian pokok tumbang iaitu di Jalan Biggs dan Jalan Mano. Kedua-dua kejadian itu tidak melibatkan rumah atau mangsa," katanya.