Gelombang PN: Kenyataan Takiyuddin bermotifkan politik

Anwar ketika memberi ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di Seberang Jaya pada Sabtu.
Anwar ketika memberi ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di Seberang Jaya pada Sabtu.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai gelombang Perikatan Nasional (PN) di enam negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN) disifatkan sebagai satu kenyataan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat harus memilih politik stabil, yang menolak pandangan pelampau dan ekstrem serta memacu pertumbuhan ekonomi.

Sambil memberi contoh di Kedah, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sambutan di Kedah dalam lawatannya pada malam Jumaat sangat baik.

"Tak apa lah, itu kenyataan politik. Saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa, baik. Itu kita tidak boleh menafikan.

"Jadi akhirnya rakyat harus memilih, yang pertama, politik yang stabil, menolak pandangan pelampau dan ekstrem serta memacu pertumbuhan ekonomi.

"Kita sudah jelaskan kejayaan kita dalam bidang itu," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di Seberang Jaya di sini pada Sabtu.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin yang mendakwa gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada Ogos nanti.

Tambah Takiyuddin, sambutan penyokong di enam negeri sehingga kini sangat positif.

Takiyuddin turut meminta semua pengundi terus menyokong PN dengan menterjemahkan menerusi kertas undi pada 12 Ogos nanti.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai Pas memohon maaf berhubung insiden yang membabitkan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Anwar berkata, banyak lagi perkara yang memerlukan Pas memohon maaf.

"Banyak yang patut diminta maaf lagi, itu satu saja," katanya ringkas.

Sebelum ini, media melaporkan Dominic yang juga Timbalan Presiden PN didakwa dihalang untuk hadir Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua.

Ceramah mega itu menampilkan Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Pengerusi Perhubungan Bersatu Pulau Pinang merangkap calon PN DUN Penanti, Zulkifli Bakar.

Dilaporkan, Pengerusi PN Pulau Pinang itu diminta untuk meninggalkan majlis kerana dikatakan tidak diundang untuk menyertai program berkenaan.

Susulan daripada itu, Pas memohon maaf dan merakamkan rasa kurang selesa berhubung insiden berkenaan.

Permohonan maaf itu dibuat Takiyuddin dalam laman Facebooknya pada Jumaat.

Dalam kenyataannya itu, Takiyuddin berkata, walaupun Dominic kemudiannya dilaporkan menolak dakwaan tersebut, namun pihak kepimpinan Pas Pusat percaya kehadiran beliau perlu diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dominic sah bertanding di DUN Bayan Lepas

Dominic nafi dihalau dari ceramah Pas

Ketepikan hal peribadi, fokus bantu PN menang PRN - Dominic

Dominic akui berlaku salah faham dalam PN Pulau Pinang

Dominic hadir tanpa penyokong Pas

Dominic nafi guna 'kabel' dapatkan kerusi DUN Bayan Lepas

PRN: Dominic bertanding di Bayan Lepas, Pas akui jentera kena sabotaj

'PN tempah musibah jika calonkan Dominic di Bayan Lepas'

Dominic yakin dibantu semua parti komponen termasuk Pas

Pertikaian isu Nik Abduh, Dominic hanya sementara - Ahmad Faizal

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang enggan ulas isu Dominic