Air naik, penduduk mula berkemas

Ani bersama anak dan cucunya mendengar penerangan daripada pihak bomba berhubung keadaa cuaca terkini di rumahnya di Kampung Jeram Perdah.
Ani bersama anak dan cucunya mendengar penerangan daripada pihak bomba berhubung keadaa cuaca terkini di rumahnya di Kampung Jeram Perdah.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penduduk yang tinggal di kawasan rendah berhampiran Sungai Golok mula melakukan persiapan selepas kawasan kediaman mula ditenggelami air setinggi 0.5 meter sejak pagi tadi.

Menurut laman sesawang Infobanjir.water.gov.my setakat jam 2 petang tadi melaporkan paras air di Sungai Golok sudah melepasi paras amaran iaitu 8.8 meter berbanding tahap waspada iaitu 7 meter.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati penduduk Kampung Jeram Perdah mula berkemas selepas kawasan rumah mereka ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter.



Penduduk mula menggunakan sampan sebagai pengangkutan utama selepas air mulai naik sedalam 0.5 meter.

Seorang penduduk Ani Awang Kechik, 48, berkata, dia mula berkemas sejak semalam selepas air kawasan rumahnya mula dinaiki air.

“Walaupun dah selalu banjir tapi saya dan keluarga tetap ambil langkah berjaga-jaga dengan membuat persiapan awal untuk menghadapi musim banjir,” katanya.

Dalam pada itu, selain Jeram Perdah, Lancang, Bongo, Kelawar, Jejawi, Teresan dan Putat 7 turut ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, jalan utama ke pekan Rantau Panjang masih boleh dilalui oleh semua kenderaan dan urusan harian masih berjalan seperti biasa.

Artikel Berkaitan: