Ukraine serang pangkalan tentera laut Rusia

Gambar menunjukkan Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu (kiri) melawat pos arahan lanjutan kumpulan 'Pusat' tentera di zon 'Operasi Ketenteraan Khas' di lokasi yang tidak diketahui pada Jumaat. - EPA/Perkhidmatan Akhbar Kementerian Pertahanan Rusia
Gambar menunjukkan Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu (kiri) melawat pos arahan lanjutan kumpulan 'Pusat' tentera di zon 'Operasi Ketenteraan Khas' di lokasi yang tidak diketahui pada Jumaat. - EPA/Perkhidmatan Akhbar Kementerian Pertahanan Rusia
A
A
A

MOSCOW - Cubaan Ukraine untuk menyerang pangkalan tentera laut Rusia di bandar Novorossiysk dengan dua bot tanpa pemandu, gagal apabila dikesan dan dimusnahkan oleh kapal perang Rusia, lapor Sputnik memetik Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat.

"Malam ini, angkatan tentera Ukraine cuba menyerang pangkalan tentera laut Novorossiysk dengan dua bot tanpa pemandu namun, dapat dikesan secara visual dan dimusnahkan oleh kapal Rusia yang mengawal kawasan luar pangkalan tentera laut itu," kata kementerian pertahanan.

Dalam hantarannya di Telegram, Gabenor Wilayah Krasnodar Veniamin Kondratyev berkata, tiada kerosakan material atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu.

Caspian Pipeline Consortium, sebuah konsortium dan saluran paip minyak untuk mengangkut minyak Caspian dari medan minyak Tengiz di Kazakhstan ke terminal eksport di Novorossiysk, pada Jumaat berkata ketika kejadian pihaknya sedang memuatkan minyak ke kapal tangki yang ditambat di situ.

Tiada infrastrukturnya yang rosak, katanya.

Berikutan itu, lalu lintas kapal di pelabuhan Novorossiysk dihentikan sementara. - Bernama/Sputnik