Penduduk diminta lapor jika masih hidu bau busuk

Fauzi minta penduduk Kampung Sungai Tiram membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat bau busuk kuat sama seperti insiden pencemaran bau Selasa lalu.
Fauzi minta penduduk Kampung Sungai Tiram membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat bau busuk kuat sama seperti insiden pencemaran bau Selasa lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Sungai Tiram diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat bau busuk kuat sama seperti insiden pencemaran bau yang berlaku dua hari lalu.

Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Zon Sungai Tiram, Fauzi Faizal berkata, langkah berwaspada masih diambil penduduk meskipun tiada lagi bau pencemaran pada Khamis.

"Pada petang Selasa, penduduk panik selepas timbul pencemaran bau yang sangat busuk seperti gas, menyebabkan murid sekolah muntah dan sakit tekak.

"Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba membuat siasatan, namun difahamkan masih belum dapat mengesan punca sebenar kejadian," katanya ketika ditemui pada Khamis.

Fauzi menunjukkan keadaan Sungai Tiram berdekatan Kampung Ulu Tiram yang berdepan insiden pencemaran bau sejak dua hari lalu.
Fauzi menunjukkan keadaan Sungai Tiram berdekatan Kampung Ulu Tiram yang berdepan insiden pencemaran bau sejak dua hari lalu.

Sementara itu tinjauan dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, mendapati sesi persekolahan seperti biasa pada Khamis selepas ditutup selama dua hari akibat pencemaran bau dipercayai bahan kimia, pada Selasa.

Terdapat murid dan guru yang dilihat mengenakan pelitup muka sebagai langkah berjaga-juga.

JAS Johor dilaporkan masih menyiasat punca pencemaran bau di Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram atau pelepasan buangan terjadual di mana-mana premis di sekitar kawasan tersebut.

Pemantauan yang dilakukan pasukan penyiasat JAS bersama Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang turut mendapati kualiti udara serta sampel yang diambil daripada tali air serta sungai di kampung tersebut adalah normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk trauma hidu bau busuk pencemaran kimia

28 muntah, pening di sekolah akibat pencemaran bau kimia

JAS teruskan siasatan punca pencemaran bau di Ulu Tiram