Rakyat akan dilayan sama rata tanpa mengira parti - Azbi

Azbi (kanan) mengiringi Ahmad Samsuri meninjau Pasar Borong Kampung Lampu, di sini pada Isnin.
Azbi (kanan) mengiringi Ahmad Samsuri meninjau Pasar Borong Kampung Lampu, di sini pada Isnin.
A
A
A

BESUT - Calon Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berjanji akan memberi layan sama rata kepada rakyat tanpa mengira parti sekiranya diberi peluang memenangi kerusi berkenaan dalam pilihan raya negeri (PRN), pada 12 Ogos nanti.

"Saya berazam apabila rakyat memberi mandat, saya akan memberi layanan dan cakna sama rata kepada rakyat. Selepas pilihan raya (jika menang) kita tidak akan berparti (memilih parti) dengan rakyat.

"Insya-ALLAH kita akan buat satu amalan mahabbah kepada rakyat iaitu kasih sayang kepada semua tanpa mengira ideologi parti yang dipegang," katanya ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon di Dewan Terbuka Limbongan, Kota Putera, di sini.

Azbi dalam masa sama bertekad untuk membantu parti merampas kerusi DUN Kuala Besut yang ketika ini disandang Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Bagaimanapun, beliau dalam masa sama mengakui amanah berat dipikulnya dalam misi merampasi kerusi berkenaan.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti kerana memilih menjadi calon.

"Amanah ini pada saya berat untuk dipikul, namun Insya-ALLAH ia akan menjadi ringan kalau dapat kerjasama daripada semua pihak," katanya.

Dalam pada itu, Azbi sempat meluangkan masa menemani Menteri Besar, Datuk Seri Samsuri Mokhtar masa menemui peniaga di Pasar Borong Lampu.

PRN bagi DUN Kuala Besut kali ini menyaksikan persaingan dua penjuru serta menampilkan calon sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Pada PRU14 lalu, Tengku Zaihan yang merupakan penyandang kerusi menang dengan memperoleh 8,126 undi, manakala Azbi di: 7,983 undi.

Seorang lagi calon ketika itu, Dr Che Ku dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memperoleh 1,095 undi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!