Dua kanak-kanak maut nahas motosikal

Motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa rosak teruk selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Kampung Padang Licin.
Motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa rosak teruk selepas berlanggar dengan sebuah kereta di Kampung Padang Licin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Dua kanak-kanak maut, manakala seorang lagi remaja parah selepas motosikal yang mereka tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Kampung Padang Licin, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Muhamad Syawal Sayuti, 10, yang menunggang meninggal dunia di Hospital Pasir Mas.

Manakala rakannya yang membonceng, Mohd Haikal Nasaruddin Zulkipli, 11, meninggal dunia pada jam 9 malam di Hospital Universti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Sementara, seorang lagi rakan mereka berusia 14 tahun yang turut membonceng motosikal itu parah dan dirawat di hospital.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel Berkaitan: