Adira terkilan tak pernah dapat beraya dengan arwah bapa

Adira Suhaimi
Adira Suhaimi
A
A
A

PENYANYI Adira meluahkan rasa terkilan kerana tidak pernah berkesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama arwah bapanya, Suhaimi Rajiman, yang telah meninggal dunia pada 21 Mac lalu.

Jelas Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 27, disebabkan kedua ibu bapanya telah berpisah ketika dia masih dalam kandungan lagi, hubungannya dengan arwah bapa tidak begitu rapat.

Bagaimanapun, pemergian bapanya baru-baru ini tetap meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.

“Walaupun saya tak rapat dengan arwah ayah sebelum ini, tapi bila terjadi perkara seperti ini, tentulah saya rasa sedih. Ada masanya saya teringat benda-benda yang mungkin kami boleh lakukan bersama.

“Jadi, pada mereka yang masih mempunyai ibu bapa, carilah masa untuk bersama mereka.

No Image Caption

“Sebenarnya saya rasa cukup terkilan kerana banyak benda yang saya tak sempat nak buat untuk dia. Paling terasa apabila saya tidak pernah berpeluang untuk beraya dengan dia walau sekalipun sejak dari kecil,” katanya yang kini sedang hamil tujuh bulan.

Menurut Adira yang ditemui di majlis pelancaran tudung Adira X Hermanas di The Curve pada Selasa, arwah bapanya sebelum ini juga ada menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan anak-anaknya iaitu Anggerik, 2, dan Assan, lapan bulan, namun tidak kesampaian.

Artikel Berkaitan:

“Dia kata nak jumpa dengan cucu-cucu dia, tapi tak sempat kerana dia dah pergi dulu. Saya pun sebenarnya mengharap ayah dapat jumpa dengan semua cucu-cucu dia, tapi tak ada rezeki.

“Apa pun saya doakan agar arwah ayah tenang di sana,” kata Adira yang turut kehilangan nenek selepas lima hari pemergian bapanya.