Masuk PRN nak 'lawan' Anwar - Nurhaslinda

Nurhaslinda Basri
Nurhaslinda Basri
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras, Nurhaslinda Basri menegaskan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini bukan hanya untuk melawan calon Pakatan Harapan (PH), Khairuddin Othman tetapi juga Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia kerana Perdana Menteri itu dilihat melanggar prinsip, dalam masa sama mengecewakan penyokong sendiri apabila bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

"Orang yang pernah beliau mengatakan perompak, namun akhirnya bersama mereka dan berkawan," katanya selepas Majlis Penamaan Calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di Shah Alam, pada Sabtu.

Selain itu, dakwanya, sepanjang pentadbiran Anwar terutama dari segi kebajikan rakyat dilihat tidak begitu memberangsangkan.

"Beliau sudah menang tetapi banyak bantuan turun," ujarnya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N38 Paya Jaras menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Ab Halim Tamuri, Khairuddin (PH) dan Nurhaslinda (Bebas).

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Paya Jaras, Rahilah Rahmat jam 10.03 pagi tadi.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!