[VIDEO] Zahid beri sokongan kepada calon Tendong, Pengkalan Pasir, Meranti

A
A
A

PASIR MAS - Calon-calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong, Pengkalan Pasir dan Meranti mendapat suntikan semangat apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir memberikan sokongan.

Ahmad Zahid bersama penyokong mengiringi ketiga-tiga calon iaitu Noor Hariri Mohamed Noor (BN-Tendong), Rushdan Mustafa (Amanah-Pengkalan Pasir) dan Zahri Omar (BN-Meranti) ke pusat penamaan calon di Dewan Kolej Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu di sini pada jam 8.50 pagi.

Calon BN dan PH yang bertanding di kawasan DUN Tendong, Pengkalan Pasir dan Meranti mendapat suntikan semangat apabila Ahmad Zahid hadir memberikan sokongan.
Calon BN dan PH yang bertanding di kawasan DUN Tendong, Pengkalan Pasir dan Meranti mendapat suntikan semangat apabila Ahmad Zahid hadir memberikan sokongan.

Sebelum itu, beliau bersama ribuan penyokong berjalan sejauh 300 meter mengiringi ketiga-tiga calon yang bertanding.

Ahmad Zahid turut melemparkan kata-kata semangat kepada calon BN dan PH serta penyokong hadir.