Lapan cedera insiden tembakan rambang di sekolah AS

Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Polis tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
A
A
A

DENVER - AMERIKA SYARIKAT. Sekurang-kurangnya lapan pelajar cedera dalam kejadian tembakan di negeri Colorado semalam.

Pejabat Sherif Douglas County menerusi Twitter berkata, beberapa mangsa kritikal tanpa memberi butiran lanjut.

Tambah kenyataan itu, dua penyerang sudah ditahan sambil tidak menolak penglibatan suspek ketiga.

Pejabat sherif berkata penyerang melepaskan tembakan di dalam STEM School Highlands Ranch, sebuah sekolah menempatkan pra sekolah sehingga Gred 12 di tengah Colorado, lapan kilometer dari Columbine High School.

Dua penyerang remaja membunuh 12 pelajar dan seorang guru di Columbine pada 1999 - ketika itu salah satu kejadian tembakan terburuk dalam sejarah AS.

Sejak itu, tembakan sekolah menjadi kebiasaan di AS, dengan kejadian tembakan senjata api membunuh hampir 40,000 pada 2017, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Walaupun jenayah keganasan senjata api jadi masalah besar di negara itu, usaha menanganinya di peringkat persekutuan sering kali menemui jalan buntu. – AFP/CNN

Artikel Berkaitan: