Malcom tambah seri Liga Pro Saudi

Malcom menjadi tonggak terbaru menyertai Al-Hilal.
Malcom menjadi tonggak terbaru menyertai Al-Hilal.
A
A
A

KELAB Liga Pro Saudi, Al-Hilal memperhebat pemburuan tonggak bintang dalam misi memperkuatkan cabaran kelab tersebut.

Pemain Brazil, Malcom menjadi tonggak terbaru menyertai Al-Hilal dari kelab Rusia, Zenit Saint Petersburg, umum kelab Arab Saudi itu.

"Selamat datang Malcom," ciap Al-Hilal di laman Twitter.

Bagaimanapun butiran kewangan tidak didedahkan namun media melaporkan Al-Hilal membayar 60 juta euro (RM303 juta).

Malcom merupakan pembelian keempat kelab berpangkalan di Riyadh selepas merekrut pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, pemain tengah Serbia, Sergej Milinkovic-Savic dan pemain tengah Portugal, Ruben Neves.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai Zenit pada 2019 dari kelab LaLiga Sepanyol, Barcelona, merupakan penjaring gol terbanyak Liga Perdana Rusia dengan 23 gol musim lalu.