Kaunter bergerak MBSA, Sabtu ini

SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN AHMAD
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi memudahkan urusan orang ramai melakukan pembayaran kompaun tertunggak, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif membuka kaunter bergeraknya di lokasi-lokasi yang tertentu.

Perkhidmatan yang dikenali sebagai Shah Alam on Wheel (SAOW) akan beroperasi di pekarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan SAOW ini sekali gus memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu ke kaunter.

"SAOW akan mula dibuka seawal 11 pagi sehingga 3 petang.

"Perkhidmatan ini disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Katanya, melalui perkhidmatan ini, MBSA yakin dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.

SAOW akan menyediakan kemudahan perkhidmatan antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.

Artikel Berkaitan: