X

Kindly register in order to view this article
!

PM Australia dibaling telur

Motif wanita tersebut (dalam bulatan) melakukan tindakan itu ke atas Morrison masih disiasat.
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA. Pilihan Raya Umum Australia terus dihimpit kontroversi selepas seorang penunjuk perasaan cuba membaling telur di atas kepala Perdana Menteri Scott Morrison.

Telur dibaling suspek seorang wanita pada jarak dekat itu bagaimanapun tidak pecah.

Rakaman video menunjukkan wanita berusia 25 tahun itu dibawa keluar sebelum ditahan pihak berkuasa ketika dalam kejadian di sebuah majlis di Albury, New South Wales semalam.

Morrison kemudiannya memuji tindakan segera staf keselamatan kerana berjaya mengawal situasi tersebut.

Sebelum ini, seorang ahli politik berhaluan kanan di negara itu, Fraser Anning turut dibaling telur ketika dalam satu sidang media.

Tindakan berani itu dibuat seorang remaja sebagai membantah kenyataan beliau yang menyalahkan imigran di New Zealand sebagai dalang bertanggungjawab dalam insiden serangan ganas ke atas dua masjid di Christchurch yang meragut sekurang-kurangnya 51 nyawa pada Mac lalu. - Agensi