PRK Pulai, Simpang Jeram: SPR mesyuarat Khamis depan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Satu mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh penting termasuk hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan diadakan pada Khamis depan.

Ia susulan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi pada Selasa daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Negeri, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi berhubung kekosongan kedua-dua kerusi yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (5) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan Dewan Negeri N13 Simpang Jeram Johor perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

"Mesyuarat khas akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di mana tarikh-tarikh penting PRK Parlimen P161 Pulai dan PRK Dewan Negeri N13 Simpang Jeram, Johor seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan," katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, satu sidang akhbar akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam Ahad ketika di dalam unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Sebelum ini, SPR menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari mengundi bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.

Hari penamaan calon adalah pada 29 Julai dan hari mengundi awal pula 8 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Pulai, Simpang Jeram

Speaker akan maklum kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai