SPR tunggu pemakluman kekosongan kerusi Pulai, Simpang Jeram

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas untuk menentukan writ-writ penting pilihan raya, akan ditentukan suruhanjaya itu sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.

"Kami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada Ahad.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai