Dewan Rakyat maklum kekosongan kerusi Parlimen Pulai kepada SPR

Dewan Rakyat pada Selasa mengemukakan pemberitahuan kepada SPR berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai.
Dewan Rakyat pada Selasa mengemukakan pemberitahuan kepada SPR berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya tersebut bahawa ada kekosongan.

"Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR, bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninggal dunia pada hari Ahad 23 Julai 2023," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagi pihak Parlimen Malaysia, Johari turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam kelmarin, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai