[VIDEO] Jenazah Salahuddin Ayub selamat dikebumikan

A
A
A

PONTIAN - Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat dikebumikan pada jam 12.05 tengah hari di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, dekat sini pada Isnin.

Sebelum itu, jenazah Ahli Parlimen Pulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu disembahyangkan sebanyak lima kali di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot, Serkat termasuk diimamkan oleh anak sulungnya Iskandar Zulkarnain Salahuddin, 37, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jenazah Salahuddin selamat dikebumikan pada jam 12.05 tengah hari di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai pada Isnin. - Foto Bernama
Jenazah Salahuddin selamat dikebumikan pada jam 12.05 tengah hari di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Tanjung Piai pada Isnin. - Foto Bernama

Ribuan rakan politik, saudara mara, sahabat handai dan orang ramai hadir di masjid berkenaan serta di tanah perkuburan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang amat dedikasi dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai