'Arwah sangat cakna isu rakyat' - Syed Saddiq

Syed Saddiq ketika menziarahi keluarga Arwahyarham di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian.
Syed Saddiq ketika menziarahi keluarga Arwahyarham di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian.
A
A
A

PONTIAN - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan ketika Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menghubunginya semasa daerah Muar dilanda bencana banjir.

Beliau yang kelihatan sayu ketika ditemui di pekarangan kediaman ibu Allahyarham di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, berkata, Allahyarham juga banyak menghulurkan bantuan untuk penduduk Muar.

"Jasanya terlalu banyak, saya ingat bila berkhidmat dengan dia. Salah satu perkara yang arwah selalu ingatkan saya, buat saja kerja, menang atau kalah, ketentuan Allah dan di tangan rakyat.



"Dan salah satu perkara yang saya tidak akan lupakan tentang arwah, saya tidak perlu cari dia, dia yang hubungi untuk sampaikan bantuan daripada misi banjir di Muar, saya tak ada hubungi, arwah yang hubungi saya dulu untuk bertanya apa yang diperlukan," katanya.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham pada 2019 memaklumkan, Allahyarham juga seorang ketua yang tidak pernah lekang daripada menitipkan pesanan.

"Saya ingat bila saya berkhidmat dengan arwah, banyak rintangan tapi arwah selalu ingatkan buat saja kerja, jangan fikir sangat soal politik bila kita sudah berkhidmat bersama dalam kabinet.

"Arwah sangat cakna tentang isu rakyat dan saya boleh katakan arwah merupakan sahabat perjuangan yang memang banyak berjasa. Bagi diri saya sebagai anak muda berita ini sangat sukar, bila dengar berita secara tiba-tiba," kongsi Syed Saddiq dalam nada sebak.

Sebagai kenalan, Syed Saddiq tidak lupa mendoakan keluarga Allahyarham Salahuddin agar tabah menghadapi dugaan serta menempuhi tempoh sukar ini dengan tabah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai