25 negara sertai Givi Rimba Raid Taman Negara

Yu Man ( tengah) memaklumkan 25 telah mengesahkan penyertaan dalm program Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan di Taman Negara, Jerantut pada 31 Ogos hingga 2 September depan.
Yu Man ( tengah) memaklumkan 25 telah mengesahkan penyertaan dalm program Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan di Taman Negara, Jerantut pada 31 Ogos hingga 2 September depan.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 25 negara mengesahkan penyertaan dalam program Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan yang dijadualkan berlangsung di Taman Negara, Jerantut pada 31 Ogos hingga 2 September depan.

Exco Perpaduan, Pelancong dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man berkata, penyertaan 25 negara itu membabitkan seramai 139 peserta sekali gus memberi impak besar kepada industri pelancongan negeri.

"Penyertaan peserta luar negara pada tahun ini menunjukkan peningkatan dan melebihi jumlah penyertaan peserta tempatan iaitu hanya seramai 131 orang.

"Jumlah penyertaan keseluruhan termasuk peserta dari Malaysia seramai 270 peserta melibatkan 219 penyertaan berkumpulan dan 51 penyertaan individu," katanya pada Ahad.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Pelancaran Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan bersempena hari pengambilan ‘racer’s kit’ oleh peserta-peserta pada Sabtu.

Turut hadir mengiringinya, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Yu Man (tengah) selepas Majlis Pelancaran Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan bersempena hari pengambilan ‘racer’s kit’ oleh peserta-peserta.
Yu Man (tengah) selepas Majlis Pelancaran Givi Rimba Raid Taman Negara edisi ke lapan bersempena hari pengambilan ‘racer’s kit’ oleh peserta-peserta.

Yu Man memaklumkan pada tahun ini, seramai 20 penyertaan daripada wanita melibatkan enam negara.

Tambahnya, mereka ini akan bersaing bersama-sama peserta lelaki dalam acara yang secara dasarnya di dominasi peserta lelaki iaitu seramai 250 orang.

"Tiga kategori dipertandingkan iaitu Class A, Class B dan Class," ujarnya.

Dalam pada itu, Yu Man berkata, acara lasak yang melibatkan jenis motosikal berkuasa tinggi akan melalui jarak perlumbaan sejauh 220 kilometer di dalam hutan di Kuala Tahan, Jerantut yang merupakan acara utama tersenarai dalam kalendar pelancongan Pahang.