PKR pertaruh 58 calon PRN, 1 calon PRK Kuala Terengganu

Anwar (duduk dua, kanan) bergambar selepas Majlis Pengumuman Calon Keadilan sempena PRN bagi enam negeri di Seksyen 7 Shah Alam pada Sabtu. - Foto Bernama
Anwar (duduk dua, kanan) bergambar selepas Majlis Pengumuman Calon Keadilan sempena PRN bagi enam negeri di Seksyen 7 Shah Alam pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu mengumumkan seramai 58 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah tersebut, 20 calon adalah di Selangor, enam di Negeri Sembilan manakala Pulau Pinang seramai 13 calon.

Tambahnya, PKR meletakkan 10 calon di Kedah, enam di Kelantan dan tiga di Terengganu.

“Saya tangguh Kota Lama (N9) (Kelantan) sebab saya dimaklum sebentar tadi ada sedikit perubahan dengan Parti Amanah Negara (Amanah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Pengumuman Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Padang Awam MBSA di sini pada Sabtu.

Sementara itu, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang telah dikosongkan selepas mahkamah membatalkan kemenangan calon Pas, PKR mempertaruhkan Mohd Azan Ismail.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan, parti itu dijangka bertanding lebih 30 kerusi DUN pada PRN Ogos ini.

Beliau berkata, Amanah akan bertanding sembilan kerusi DUN di Selangor, tujuh kerusi di Kelantan manakala tiga DUN di Negeri Sembilan.

Tambahnya, di Terengganu, Amanah mungkin bertanding tiga atau empat dan Kedah pula tujuh atau lapan DUN.


Senarai penuh calon PKR PRN enam negeri

DUN Selangor

N09 Permatang - Mohd Yahya Mat Sahri

N10 Bukit Melawati - Thiban Subramaniam

N11 Ijok - Amidi Abdul Manan

N14 Rawang - Chua Wei Kiat

N16 Sungai Tua - Datuk Seri Amirudin Shari

N18 Hulu Kelang - Juwairiya Zulkifli

N19 Bukit Antarabangsa - Mohd Kamri Kamaruddin

N20 Lembah Jaya - Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

N25 Kajang - David Cheong

N32 Seri Setia - Fahmi Ngah

N33 Taman Medan - Ahmad Akhir Paw

N37 Bukit Lanjan - Phua Pei Lei

N38 Paya Jaras - Khairuddin Othman

N39 Kota Damansara - Amin bin Yazid

N40 Kota Anggerik - Najwan Halimi

N43 Sementa - Erni Afrishah Azizi

N46 Pelabuhan Klang - Azmizam Zaman Huri

N48 Sentosa - Gunarajah R George

N49 Sungai Kandis - Zawawi Ahmad Mughni

N54 Tanjong Sepat - Borhan Aman Shah

DUN Kelantan

N3 Pasir Pekan - Damansari ibharim

N7 Panchor - Syed Ali Dustur Syed Mohd Zain

N14 Chetok - Ezzat Hanuzi

N18 Pasir tumbuh - Naziratul Aini Sayuti

N30 Limbongan - Dr Shamsudin Abdul Ghani

N39 Mengkebang - Shukri Ishak

DUN Terengganu

N13 Wakaf Mempelam - Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali

N22 Manir - Mohd Jusoh

N27 Sura - Othman Omar

DUN Pulau Pinang

N3 Pinang Tunggal - Zainuddin Mohd

N6 Telok Ayer Tawar - Mohsin Md Sharif

N10 Seberang Jaya - Johari Kassim

N12 Penanti - Rohsidi Hussin

N14 Machang Bubok - Lee Khai Loon

N17 Bukit Tengah - Gooi Hsiao Leung

N18 Bukit Tambun - Goh Choon Aik

N20 Sungai Bakap - Norhidayah Che Ros

N24 Kebun Bunga - Lee Boon Heung

N35 Batu Uban - Kumaresan Arumugam

N36 Pantai Jerejak - Fahmi Zainol

N37 Batu Maung - Prof Dr Mohd Abdul Hamid

N39 Pulau Betong - Mohd Tuah Ismail

DUN Kedah

N2 Kuah - Ahmad Fauzi Chik

N6 Jitra - Sabrina Ahmad

N10 Bukit Penang - Datuk Hazir Mat Zain

N12 Suka Menanti - Zamri Yusuf

N22 Gurun - Firdaus Johari

N25 Bukit Selambau - R Sumtaraju

N28 Bakar Arang - Adam Low Wee Chai

N29 Sidam - Baw W Intharath

N34 Lunas - Cikgu Shamsul Abdullah

N35 Kulim - Awang Teh Lean Ong

DUN Negeri Sembilan

N29 Chuah - Yew Boon Lye

N13 Sikamat - Aminuddin bin Harun

N14 Ampangan - Tengku Zamrah Tengku Sulaiman

N18 Pilah - Nur Zunita Begum

N20 Labu - Ismail Ahmad

N33 Sri Tanjung - Dr Rajasekaran