Pelancong China 'hilang' di Pulau Tioman sudah selamat pulang

Anggota bomba dari BBP Pulau Tioman melakukan pencarian selepas menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa pada Sabtu.
Anggota bomba dari BBP Pulau Tioman melakukan pencarian selepas menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelancong lelaki warganegara China yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Juara, Pulau Tioman pada Jumaat pulang ke penginapannya dengan selamat pada Sabtu.

Mangsa, Su Wen Le, 22, keluar sendiri dari kawasan dia dilaporkan hilang dan kembali semula ke penginapannya jam 11.30 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lelaki itu dipercayai tersesat ketika dalam perjalanan ke air terjun Lubuk Teja, Kampung Juara pada petang Jumaat.

Menurutnya, mangsa berkemungkinan gagal mencari jalan pulang ekoran keadaan yang gelap dan bermalam di dalam hutan itu.

Operasi SAR yang disertai anggota bomba, polis dan APM ditamatkan selepas mangsa yang dilaporkan hilang kembali ke penginapannya dengan selamat.
Operasi SAR yang disertai anggota bomba, polis dan APM ditamatkan selepas mangsa yang dilaporkan hilang kembali ke penginapannya dengan selamat.

"Kehilangannya dilaporkan kepada pihak bomba jam 7.28 pagi ini (Sabtu) sebelum enam anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Tioman ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya.

Zulfadli berkata, berikutan perkembangan itu, operasi SAR yang turut disertai pihak polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditamatkan.