Jangan sebar spekulasi berhubung status kesihatan Salahuddin - SUA

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dimohon agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan berhubung status kesihatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal berkata, pembedahan ke atas Salahuddin yang mengalami pendarahan otak telah selesai pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

"Beliau sedang menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU) dan dalam pengawasan pasukan perubatan HSB," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Syakirin berkata, pihak Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa.

"Pejabat Menteri turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan dan memberi sokongan berterusan kepada Salahuddin," katanya.

Terdahulu, Syakirin memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira jam 10.15 malam tadi dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah

Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan

Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan

Salahuddin selamat jalani pembedahan