Lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung

No Image Caption
A
A
A

MERSING - Seorang lelaki Nepal ditemukan dalam keadaan tergantung di sebuah asrama pekerja di Endau dalam kejadian jam 4.42 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa juga sempat membuat rakaman kejadian dengan menggunakan video telefon miliknya sebelum ditemui mati.

"Pekerja kilang warga Nepal berumur 20 tahun itu telah ditemui mati dalam keadaan dirinya tergantung di bahagian dapur asrama pekerja kilang.

"Lelaki berkenaan bekerja sebagai pengawal keselamatan kilang. Susulan penemuan itu satu laporan polis telah dibuat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan awal pada tubuh badan mayat mendapati tidak terdapat tanda-tanda perbuatan jenayah.

"Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: