Pemergian Anuar satu kehilangan besar: Amirudin

Status di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Status di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengucapkan takziah kepada keluarga lagenda bola sepak Selangor yang juga bekas pemain kebangsaan, Anuar Abu Bakar, 48 yang meninggal dunia akibat kanser hati malam tadi.

Beliau menerusi ciapan di Twitter menyifatkan pemergian Anuar sebagai satu kehilangan besar.

"Belasungkawa atas pemergian Anuar Abu Bakar, pemain lagenda Selangor yang telah membantu pasukan Merah Kuning menjuarai Liga Premier dan Piala Malaysia.

"Nama yang bukan asing dalam kancah bola sepak tanah air. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga," katanya dipetik dari Twitter kira-kira 13 jam lalu.

Sementara itu, berita sama turut disahkan menerusi satu status di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), malam tadi.

Menurut status itu, Anuar yang merupakan ketua jurulatih skuad Piala Presiden UiTM FC dikatakan sebelum ini menghidap kanser hati tahap empat.

Amirudin menzahirkan takziah buat keluarga Allahyarham Anuar menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Amirudin menzahirkan takziah buat keluarga Allahyarham Anuar menerusi ciapan di Twitter miliknya.

"FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Anuar Abu Bakar, 48, bekas pemain kebangsaan era 90-an yang menghembuskan nafas terakhirnya, malam ini.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosanya. Al-Fatihah," katanya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, di sini.