Penganjur 'ratu pondan' dipanggil

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memanggil penganjur acara peragaan 'ratu pondan' ke pejabat itu pada Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata, bagaimanapun sehingga ke hari ini pihak penganjur yang merupakan orang luar dari negeri ini gagal berbuat demikian.

Menurutnya, telah mengenal pasti pihak pengajur dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas sekiranya penganjur mahu meneruskan acara yang tidak dibenarkan berlaku di Melaka.

"Kalau bukan dalam bulan ini (Awal Muharram) pun kami tidak akan benarkan, termasuk apa yang boleh mencemarkan kesucian dan keharmonian Melaka dengan penganjuran sedemikian.

"Penganjur kita dah panggil, setakat ini masih lagi tak datang, kalau dia datang pun kami memang tidak akan teruskan," katanya.

Rahmad dan Mohd Ali (tengah) bergambar bersama sebahagian penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat negeri di Auditorium Al- Azim di Bukit Palah di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat negeri di Auditorium Al- Azim di Bukit Palah di sini, pada Rabu.

Hadir menyempurnakan majlis Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, pihaknya akan melibatkan pihak polis sekiranya penganjur masih berdegil.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.

Rahmad berkata, setakat ini belum ada sebarang permohonan rasmi dibuat namun pihaknya telah mengenal pasti penganjur program berkenaan.