Pupuk kesedaran keselamatan kalangan murid sekolah

Murid sekolah didedahkan dengan kemahiran berenang dan keselamatan di air oleh anggota keselamatan.
Murid sekolah didedahkan dengan kemahiran berenang dan keselamatan di air oleh anggota keselamatan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lebih 11,000 murid sekolah rendah di negeri Sabah dan Terengganu menerima manfaat hasil program Kempen Keselamatan atau 'Safety Campaign' yang telah dijalankan selama lebih enam tahun oleh Repsol Oil & Gas Malaysia.

Wakil Health, Safety & Environment Manager (HSE) selaku wakil Repsol Oil & Gas Malaysia Limited, Abu Bakar Hanfi, berkata, usaha bagi mengisi program berasaskan keselamatan akan terus dijalankan bagi memupuk kesedaran terutama dalam kalangan murid sekolah rendah.

“Sebagai warga korporat yang prihatin, Repsol menitik beratkan tanggungjawab sosial dalam empat bidang iaitu keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan.

“Keselamatan adalah antara perkara yang Repsol sendiri utamakan dalam segenap fasa operasi, jadi, bagi kami isu keselamatan diri atau 'personal safety' harus diperluaskan dari tempat kerja ke persekitaran di rumah dan di kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap sempena Kempen Keselamatan Bersama Murid Sekolah Rendah di daerah Setiu, 23 April lalu.

Program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melalui Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena kempen keselamatan anjuran Repsol Oil & Gas Malaysia di SMK Saujana, Setiu.
Antara aktiviti yang dijalankan sempena kempen keselamatan anjuran Repsol Oil & Gas Malaysia di SMK Saujana, Setiu.

Beliau berkata, kempen keselamatan sebagai satu landasan bagi penyebaran mesej-mesej keselamatan yang tertumpu kepada isu-isu dan ancaman keselamatan diri di rumah, sekolah dan persekitaran awam.

“Murid-murid sekolah rendah adalah kumpulan sasar yang memerlukan bimbingan serta pendedahan awal tentang keselamatan diri.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, program ini memberi peluang kepada murid untuk mendengar dan berinteraksi sendiri bersama anggota keselamatan selain melayari video interaktif untuk mendapatkan 'hands-on learning experience' melalui kemudahan komputer riba yang disediakan,” katanya.

Abu Bakar (tengah) bersama murid-murid sekolah rendah daerah Setiu yang menyertai program kempen keselamatan yang diadakan di SMK Saujana.
Abu Bakar (tengah) bersama murid-murid sekolah rendah daerah Setiu yang menyertai program kempen keselamatan yang diadakan di SMK Saujana.