Umno perlu presiden baharu

Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail
Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail
A
A
A
MACHANG - Kemelut yang melanda Umno termasuk amaran lebih ramai ahli parlimen keluar parti selepas ini perlu dipandang serius dan diselesaikan segera.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, Presiden Umno perlu mengambil tanggungjawab tersebut dengan memberi laluan kepada muka baharu bagi mengemudi dan mengembalikan semula keyakinan ahli serta pengundi.

Katanya, dalam situasi sekarang, Umno seolah-olah hilang keupayaan dan terumbang-ambing apabila presiden parti dilihat gagal mengawal situasi .

"Saya lihat amaran gelombang ketiga exodus (keluar parti) itu betul. Apa yang saya lihat masalah Umno adalah disebabkan rasa hilang keyakinan kepada parti dan kepimpinan sekarang.

" Bagi saya, Umno perlu ada presiden baru untuk mengemudi dan mengembalikan semula keyakinan ahli dan pengundi. Sebenarnya situasi yang berlaku dalam parti pada hari ini, adalah disebabkan ketidakupayaan presiden parti mengawal situasi," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Tambah Mohd Fakaaruddin, hala tuju Umno di bawah kepimpinan sekarang juga masih samar dan kurang jelas, sekaligus menjejaskan keyakinan ahli dan menyebabkan perpecahan.

Katanya, ibarat pokok yang berdiri teguh di atas akarnya begitu juga parti keramat Melayu itu yang memerlukan akarnya bagi terus berjuang dan menghidupkan kembali keyakinan rakyat.