Lima terbunuh, bangunan runtuh di utara Mesir

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KAHERAH - Lima terbunuh dan 11 yang lain cedera dalam dua kejadian bangunan runtuh di utara Alexandria dan Beheira Mesir pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita MENA.

Di wilayah Beheira, dua orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di Rashid City.

Operasi sedang dijalankan untuk mencari mangsa di bawah runtuhan, lapor MENA.

Sementara itu, dua balkoni bangunan kediaman runtuh di kawasan Bakus, timur Iskandariah, mengorbankan tiga orang dan mencederakan dua yang lain, menurut MENA.

Pihak pendakwa raya telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

Pada Jun, 10 orang terbunuh apabila sebuah bangunan 13 tingkat runtuh di Iskandariah. - Bernama-Xinhua