Indeks jenayah turun, kes rogol dan bunuh naik di Melaka

Zainol (tengah) menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka oleh Mohamed( kiri) kepada Md Nazri (tiga,kiri) di (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, pada Isnin.
Zainol (tengah) menyaksikan jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka oleh Mohamed( kiri) kepada Md Nazri (tiga,kiri) di (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Indeks jenayah negeri Melaka menunjukkan penurunan sebanyak 61 kes atau 7.5 berbanding tahun lalu kecuali membabitkan kes bunuh dan rogol.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kedua-dua kes jenayah itu mencatatkan peningkatan sehingga 150 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, seperti kes bunuh berlaku peningkatan daripada empat kes pada 2022 meningkat kepada enam kes pada tahun ini dengan menjadikan jumlah 10 kes, manakala samun berkawan tanpa senjata api sebanyak 24 kes kepada 45 kes.

Katanya, peningkatan itu sekali gus mewakili sebanyak 88 peratus, selain itu jenayah rogol dalam kalangan remaja dan ahli keluarga juga menunjukkan peningkatan sebanyak 17 peratus daripada 30 kes pada tahun lalu kepada 35 kes pada tahun ini.

"Faktor berlaku jenayah dipercayai disebabkan ada tekanan dari segi ekonomi, masalah ekonomi dan kita percaya masalah pinjaman tapi tak boleh nak dijelaskan.

"Kita berazam untuk menurunkan lagi kadar jenayah indeks ini sebelum habis tahun ini kita akan turunkan lagi," katanya.

Zainol (tengah) bersalaman dengan Md Nazri selepas majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, pada Isnin.
Zainol (tengah) bersalaman dengan Md Nazri selepas majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) di Bukit Beruang di sini, pada Isnin.

Penyerahan tugas jawatan itu dilakukan oleh Asisten Komisioner Mohamed Mahat yang memangku jawatan itu selepas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah bersara wajib kepada Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi.

Jelas beliau, Polis Melaka juga akan sentiasa meningkatkan rondaan termasuk menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti (JPJKK), Kereta peronda (MPV), rondaan bermotosikal dan sebagainya.

"Kita juga akan membuat kajian kawasan-kawasan yang memandu tumpuan kepada jenayah itu berlaku, maka kita akan perbanyakkan rondaan tersebut," katanya.