Bekas bintang Arsenal kembali sertai Cardiff City

Ramsey
Ramsey
A
A
A

KAPTEN Wales, Aaron Ramsey kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya Cardiff City dengan kontrak dua tahun, kata pasukan Kejuaraan itu.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas kelab Ligue 1, Nice mengesahkan bahawa bekas bintang Arsenal tersebut telah meninggalkan kelab Perancis berkenaan dengan persetujuan bersama.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu tiba di Nice Ogos lalu secara percuma telah membuat 34 penampilan dan menjaringkan satu gol.

Ramsey membuat penampilan sulung pasukan pertamanya pada usia 16 tahun untuk Cardiff pada 2007, setelah berkembang melalui barisan akademi remaja kelab sebelum berpindah ke Arsenal setahun kemudian.

"Rasanya sukar dipercayai akhirnya kembali ke sini. Saya selalu terfikir suatu hari nanti saya akan kembali, dan kini masa yang sesuai untuk melakukannya.

"Bagi saya sekarang masa yang sesuai untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini, dan semoga mencapai matlamat yang kami mahukan, tidak ada perasaan yang lebih baik daripada itu," kata Ramsey dalam satu kenyataan.

Ramsey, menjadi kapten termuda pasukan kebangsaan Wales pada 2011 iaitu pada usia 20 tahun, dan memperoleh 82 penampilan antarabangsa.

Dia adalah sebahagian daripada pasukan Wales yang mara ke separuh akhir Euro 2016 dan menyertai Piala Dunia 2022 di Qatar tahun lalu.