Peniaga perlu pastikan makanan bersih

Ahmad Faizal ketika meninjau keadaan Bazar Ramadan Tapah, hari ini.
Ahmad Faizal ketika meninjau keadaan Bazar Ramadan Tapah, hari ini.
A
A
A

TAPAH - Semua pengendali makanan termasuk penjaja di bazar Ramadan di negeri ini perlu menandatangani aku janji untuk memastikan premis dan makanan berada dalam keadaan bersih serta bebas daripada sebarang unsur keracunan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizak Azumu berkata, inisiatif digerakkan jabatan kesihatan itu bagi membendung kes-kes keracunan yang berlaku hampir setiap tahun berpunca daripada makanan dijual oleh penjaja sama ada di pasar malam mahupun bazar Ramadan.

"Saban tahun kita disajikan kejadian keracunan makanan di seluruh negara terutama melibatkan kanak-kanak hingga ada yang membawa maut.

"Tahun lalu satu kematian telah direkodkan di Perak dan kita komited memastikan tidak lagi berlaku kejadian-kejadian sedemikian," katanya kepada pemberita sempena majlis pelancaran Operasi Keselamatan Makanan sempena Ramadan peringkat Negeri Perak, hari ini.

Ahmad Faizal ketika meninjau keadaan Bazar Ramadan Tapah, hari ini.
Ahmad Faizal ketika meninjau keadaan Bazar Ramadan Tapah, hari ini.

Pada 2018, seorang kanak-kanak 11 tahun maut sementara tiga ahli keluarganya dimasukkan ke wad selepas makan roti jala dibeli di bazar Ramadan di Bota.

Dalam majlis itu, Ahmad Faizal turut menyaksikan lebih 100 pengendali makanan dari daerah Batang Padang melafazkan ikrar 'Aku janji pengendali makanan'.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ikrar berkenaan menjadi bukti bahawa setiap peniaga perlu mematuhi segala keperluan perundangan dan peraturan-peraturan sepertimana tertakluk di bawah Akta Makanan 1983.

Artikel Berkaitan:

"Saya minta semua peniaga untuk benar-benar mengikuti apa yang telah dijanjikan melalui kempen dibuat ini.

"Bagi pengguna pula, saya syorkan mereka berhati-hati membeli di bazar, selain membantu jabatan dan pihak berkuasa lain memantau peniaga agar mereka mematuhi kebersihan makanan ini terjaga," katanya.