Rafizi dakwa sokongan rakyat Kelantan pada Pas merosot

Rafizi semasa menyampaikan ceramah pada Jelajah Madani di DUN Limbongan, Pasir Puteh pada Sabtu.
Rafizi semasa menyampaikan ceramah pada Jelajah Madani di DUN Limbongan, Pasir Puteh pada Sabtu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan sokongan rakyat Kelantan terhadap pentadbiran Pas di negeri ini semakin merosot dan berada pada paras 50 peratus.

Beliau berkata, maklumat tersebut berpandukan data-data yang diperoleh sejak tahun 2016 lalu sehingga kini.

"Ini kali pertama, tahap kepuasan rakyat Kelantan jatuh bawah 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, situasi tersebut memberi isyarat perubahan boleh berlaku di negeri ini jika gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ujarnya, oleh itu Kerajaan Perpaduan perlu mengekalkan momentum kempen yang baik sepanjang tempoh PRN ini.

Rafizi memberitahu, selepas ini beliau akan terus turun berkempen membantu kemenangan calon PH dan BN di Kelantan.