Jangan benar Sanusi ceramah di Selangor - Pemuda UMNO Selayang

Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Shah Zanuriman
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Shah Zanuriman
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Bahagian Selayang mendesak supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak dibenarkan berceramah di negeri ini.

Ketuanya, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, ia susulan kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa memperlekeh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor yang disifatkan sebagai biadap.

"Tiada maaf atas kebiadaban Muhammad Sanusi dan beliau perlu diharamkan daripada berceramah di Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menegaskan, apa yang dikesalkan apabila ucapan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina Sultan Selangor itu dibuat semasa kehadiran beliau dalam satu ceramah politik Perikatan Nasional (PN) di Selayang.

Sehubungan itu katanya, kenyataan sedemikian jelas menunjukkan seolah-olah PN tidak mempunyai agenda pembangunan dan kemajuan yang ingin ditawarkan kepada pengundi di Selangor.

"Mereka lebih suka bermain dengan politik penghinaan semata-mata untuk memuaskan penyokong tegar mereka.

"Kita boleh membayangkan bagaimana kerajaan dibentuk oleh mereka yang membenarkan politik sebegini," kata beliau.

Dalam masa sama katanya, 'Selayang' sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sesiapa datang bertandang dengan apa sahaja tujuan, selagi dengan niat dan adab baik.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Itu sikap sebenar Sanusi' - Amirudin

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

"Sanusi perlu buat taubat Nasuha'' - Ahmad Zahid

'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Hina Sultan: AMK Selangor buat laporan polis

Hina Sultan: Pihak berkuasa perlu buka kertas siasatan terhadap Sanusi