Banjir di Kuantan semakin pulih

No Image Caption
A
A
A
KUANTAN - Banjir di daerah ini semakin baik apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup lewat malam tadi, menjadikan hanya enam yang masih beroperasi pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang yang menempatkan 63 mangsa daripada 21 keluarga ditutup pada pukul 11.45 malam.

Perkembangan itu menjadikan seramai 356 mangsa daripada 95 keluarga masih berada di PPS, iaitu SK Cherating (122 mangsa, 33 keluarga), SK Sungai Ular (25 mangsa, tujuh keluarga) dan SK Kempadang (77 mangsa, 19 keluarga).

PPS lain ialah Dewan Orang Ramai Balok (29 mangsa, lima keluarga), SK Sungai Isap Murni (40 mangsa, 10 keluarga) dan SK Beserah (63 mangsa, 21 keluarga). - Bernama
Artikel Berkaitan: