Enam terbunuh dalam serangan pisau di tadika

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan pisau di sebuah tadika di China pada Isnin. - Foto: Reuters
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan pisau di sebuah tadika di China pada Isnin. - Foto: Reuters
A
A
A

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan pisau di sebuah tadika di China pada Isnin.

Insiden itu berlaku di bandar Hengshan di bandar Lianjiang di selatan wilayah Guangdong, lapor Agensi Anadolu memetik South China Morning Post.

Biro Keselamatan Awam Lianjiang menyifatkan serangan itu sebagai "serangan yang disengajakan" dan polis telah menahan seorang suspek berusia 25 tahun bernama Wu.

Dia dikatakan menggunakan pisau dalam serangan itu.

Pihak berkuasa berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 pagi, katanya. - Bernama