Jakel hulur bantuan fokus kepada masyarakat dan komuniti setempat

Mohamed Faroz (berdiri, tengah) bersama Scha Alyahya dan Awal Ashaari merakamkan kenangan dengan kanak-kanak OKU selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A

JAKEL Mall Kuala Lumpur meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi tumpuan terhadap masyarakat dan komuniti setempat sempena Ramadan kali ini dengan menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

CSR yang dilaksanakan itu adalah bagi meringankan beban penerima dalam memenuhi tuntutan ibadah sepanjang Ramadan dan seterusnya memberi sinar kepada mereka dalam menyambut Syawal.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jakel telah menceriakan golongan OKU yang hadir dengan pemberian sumbangan baju raya berserta duit raya kepada penerima.

"Bantuan ini juga sebagai tanda keprihatinan Jakel dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat yang mana Jakel bukan hanya memfokuskan keuntungan semata-mata.

"Jakel berharap agar sumbangan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjalani ibadah puasa selain dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana yang ceria," katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Majlis itu turut dimeriahkan dengan kemunculan Duta Raya Jakel, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lara Alana.

Kehadiran keluarga selebriti itu juga bertujuan untuk memperkenalkan koleksi pakaian raya Schawalara 2019 yang boleh didapati di setiap cawangan Jakel di seluruh Malaysia.

Koleksi baju Melayu Awal Ashaari yang sering kali menjadi perhatian telah direvolusikan pada kali ini.

Penambahan kepada perincian turut diberikan apabila ianya mempunyai zip di bahagian sisi tepi baju (pesak) dan juga di kedua-dua belah lengan.

Manakala, koleksi Scha Alyahya juga diberikan sentuhan eksklusif, dengan menekankan motif rekaan dan warna. Koleksi keluarga ini dilengkapkan dengan koleksi Lara Alana, apabila ianya direka bersesuaian dengan padanan si ibu.

Penampilan pasangan selebriti ini juga turut menggamit suasana di Jakel apabila mereka berdua membuat aktiviti lelongan koleksi pakaian mereka.

Katanya, bersempena Jualan Hebat Aidilfitri yang berlangsung bermula 27 April sehingga malam raya, Jakel menawarkan potongan harga yang istimewa.

"Memeriahkan lagi kempen raya, Jakel Mall KL juga bakal menganjurkan majlis sembang santai bersama Duta Raya Jakel yang lain pada Sabtu 4 Mei 2019 dan Ahad 5 Mei 2019 di Jakel Shah Alam," katanya.