Isu kecoh di KLIA: Dua wanita China sudah pulang negara asal

Suasana di balai ketibaan KLIA kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.
Suasana di balai ketibaan KLIA kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua wanita China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini sudah pulang ke negara asal.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-duanya dipercayai telah pulang ke China pada hari ini berdasarkan rekod pelepasan yang terdapat di KLIA.

Bagaimanapun kata beliau, SPRM tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua wanita itu akan kembali semula ke Malaysia atau tidak.

"Dua saksi itu sudah kembali ke China, saya tidak tahu sama ada dia akan kembali semula atau tidak ke Malaysia," katanya ketika sidang akhbar selepas Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM 2023 dan majlis pelancaran aplikasi TikTok SPRM pada Rabu.

Azam menjelaskan, setakat ini, SPRM sudah mengambil keterangan seramai 14 orang orang termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan pegawai imigresen.

Pada Khamis lalu, suasana di balai ketibaan KLIA kecoh apabila seorang individu dipercayai menteri cuba membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.