PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN

Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
A
A
A

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerima cadangan parti itu melantik veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sebagai pengarah pilihan raya Kelantan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.

"Saya juga berjumpa dengan Ku Li dan beliau bersedia. Oleh kerana kita Pakatan Harapan (PH), saya hanya melontarkan idea pada pihak BN untuk laksanakan.

"Namun, tiada tekanan daripada kita (Amanah)," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, Ku Li masih mempunyai aura dan mampu membantu gabungan itu pada PRN nanti.

Ujarnya, untuk PRN nanti BN akan mengetuai gerakan untuk mengubah Kelantan.

Media sebelum ini melaporkan, Amanah mencadangkan Ku Li dilantik pengarah pilihan raya gabungan PH dan BN Kelantan bagi menghadapi PRN.

Ku Li adalah individu tepat untuk mengetuai gerak kerja PH-BN.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Hari mengundi 12 Ogos, penamaan calon 29 Julai - SPR

PRN telan kos RM420 juta - SPR