Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua panel berbalas hujah mengenai kerjasama UMNO-PKR

04 Julai 2023 | Video Shorts
A
A
A
Dua panel berbalas hujah mengenai kerjasama UMNO-PKR

SHORTS WACANA SINAR 4 JULAI 2023

Pentas Wacana Sinar Siri 404 yang berlangsung pada Selasa, menjadi panas ketika pemimpin UMNO dan Perikatan Nasional (PN) saling menegakkan hujah masing-masing.

Suasana panas bermula apabila Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam cuba mempertikaikan hasil kajian dilakukan Sinar Harian melibatkan sokongan terhadap parti menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Belum habis Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bad berhujah, Lokman mencelah untuk mempertahankan kenyataannya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Harian bertajuk PRN: Adakah Bom Jangka Kedua? pada malam Selasa.

Tonton Wacana Siri 404 bersama panel jemputan di seluruh platform digital Sinar Harian.

TONTON VIDEO DISINI:

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=S5MVq8cgAGg

Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/206440065698300

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/266574/khas/wacana/pentas-wacana-panas-lokman-adam-chegubard-berbalas-hujah

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian