Bersatu Sabah terima surat kebenaran tubuh 26 bahagian

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyerahkan surat kebenaran menubuhkan bahagian Bersatu Sabah kepada Ketua Penyelaras Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor dalam satu majlis ringkas hari ini. - Foto Bernama
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyerahkan surat kebenaran menubuhkan bahagian Bersatu Sabah kepada Ketua Penyelaras Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor dalam satu majlis ringkas hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memberi kebenaran untuk parti Bersatu menubuhkan 26 bahagian parti itu di seluruh Sabah termasuk Labuan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jabatan itu menerusi surat kebenaran kepada parti tersebut memerlukan bahagian-bahagian parti di negeri ini ditubuhkan dalam tempoh masa yang diberikan RoS iaitu tiga bulan.

“Namun, saya percaya kesemua bahagian di Sabah telah bersedia dan saya yakin mereka dapat menyelesaikan semua perkara yang perlu dilakukan untuk menubuhkan bahagian masing-masing kurang daripada tempoh masa yang diberikan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu secara rasmi bertapak di Sabah

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat kebenaran daripada RoS kepada Penyelaras Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor di sini hari ini.

Pada 15 Mac lepas, lapan bekas pemimpin UMNO Sabah termasuk enam wakil rakyat menyertai Bersatu dan menerima kad keanggotaan mereka di Putrajaya.

Enam wakil rakyat Bebas berkenaan ialah Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Hajiji yang juga ADUN Sulaman dan Datuk Masidi Manjun (ADUN Karanaan).

Selain mereka, turut menyertai Bersatu ialah dua Senator iaitu Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Datuk John Ambrose.

Artikel Berkaitan:

Bersatu secara sahnya telah melebarkan sayap ke Sabah apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu telah melancarkan Bersatu Sabah 6 April lepas. - Bernama