Kasih Perak fokus lima inisiatif utama

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah hadir menyerikan Majlis Gala Makan Malam Amal Kasih Perak di Taman Tema Animasi Studio (MAPS), malam tadi.
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah hadir menyerikan Majlis Gala Makan Malam Amal Kasih Perak di Taman Tema Animasi Studio (MAPS), malam tadi.
A
A
A

IPOH - Pertubuhan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat PH (Kasih) Perak akan memberi tumpuan kepada lima inisiatif utama dalam menggerakkan peranan membantu kerajaan membentuk masa depan negara ke arah lebih baik untuk rakyat.

Pengerusi Kasih Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, lima inisiatif yang digariskan itu adalah khidmat sosial, pendidikan, kesihatan dan keselamatan, seni dan sukan serta kelestarian alam sekitar.

Dr Nomee Ashikin ketika berucap pada Majlis Gala Makan Malam Amal Kasih Perak di Taman Tema Animasi Studio (MAPS), malam tadi.
Dr Nomee Ashikin ketika berucap pada Majlis Gala Makan Malam Amal Kasih Perak di Taman Tema Animasi Studio (MAPS), malam tadi.

Menurutnya, setiap pelaksaan program itu akan diatur dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah syarikat korporat.

“Selain bekerjasama rapat dengan Kasih Malaysia, kita turut menjalin hubungan dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Pertubuhan Wanita Prihatin Perak, Koperasi Alam Hijau Perak Bhd (Kohijau) serta Yayasan Pendidikan Perak.

“Malah kita turut bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjayakan program dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gala Makan Malam Amal Kasih Perak di Taman Tema Animasi Studio (MAPS), malam tadi.

Dr Nomee Ashikin berkata, segala usaha yang dijalankan itu seiring dengan matlamat untuk memerangi sifat rasisme, cauvinisme dan penindasan terhadap mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sejak ditubuhkan Oktober tahun lalu, beberapa program dan aktiviti telah dilakukan antaranya memberi sokongan terhadap golongan gelandangan di Rumah Teduhan Kelana hasil inisiatif Pertubuhan Wanita Prihatin Perak, memperluaskan kempen ‘Reading With Mum’ bersama Yayasan Pendidikan Perak serta bekerjasama dengan Persatuan Pink Champions bagi menggerakkan kempen ‘Kenali Ubat Anda’.

Majlis juga diserikan persembahan istimewa Dr Siti Hasmah dengan gesekan biola bersama pemuzik profesional di pentas utama.
Majlis juga diserikan persembahan istimewa Dr Siti Hasmah dengan gesekan biola bersama pemuzik profesional di pentas utama.

“Penganjuran majlis malam ini serta Kejohanan Golf Amal Piala MB Perak hari ini turut berjaya menarik sumbangan daripada beberapa pihak. Sebahagiannya akan diserahkan kepada Kasih Malaysia dan selebihnya disalurkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Majlis berkenaan dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Dalam Negeri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Shahruddin Jamal dan isteri Datin Dr Nila Armila Mukdan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dan isteri K Nageswary.

Majlis juga diserikan persembahan istimewa Dr Siti Hasmah dengan gesekan biola bersama pemuzik profesional di pentas utama.