Tragedi kepala air: Abang harap adik ditemui segera

Shahrizal menunjukkan gambar adiknya, Muhammad Fikri yang masih hilang.
Shahrizal menunjukkan gambar adiknya, Muhammad Fikri yang masih hilang.
A
A
A

BATU PAHAT - Abang kepada Muhammad Fikri Saliman, 24, yang merupakan salah seorang mangsa tragedi kepala air yang berlaku di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, Kemaman, Terengganu pada Ahad, berharap agar adiknya ditemui segera.

Shahrizal, 40, berkata, mereka sekeluarga di Kampung Parit Kuda di sini hanya mengetahui kejadian yang menimpa adiknya dan keluarga tunang melalui sepupu pada jam 10.30 pagi Ahad.

"Muhammad Fikri bergerak dari sini sekitar jam 8 pagi pada hari pertama Aidiladha (Khamis). Sebelum itu, memang dia sudah beritahu hendak ke sana sambil beraya bersama bakal keluarga mentua.

"Sebelum bergerak ke sana (Pahang) adik baru pulih dari demam, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami ada bertanya bila balik ke sini (Batu Pahat), dia beritahu, sama ada Sabtu atau Ahad kerana Isnin sudah bekerja," katanya pada Isnin.

Menurut Shahrizal, dia berharap agar adiknya itu ditemui secepat mungkin.

"Bila tahu adik antara mangsa tragedi itu, kami terkejut. Perasaan sedih tidak dapat dibendung, apatah lagi bila sepupu menunjukkan kad pengenalan milik adik. Nak kata tak percaya mustahil bila dia tunjuk memang kad pengenalan adik.

"Kalau adik dijumpai masih hidup, Alhamdulillah rezeki kami, sekurang-kurangnya kami tahu. Tetapi kalau dia sudah tiada (meninggal dunia) kami kena reda, dia nak pergi dengan cara macam itu. Namun sebagai waris, kami nak tengok dan pastikan jenazah ada ke tidak," katanya.

Shahrizal berkata, dia bersama ahli kariah masjid Parit Kuda bergerak Terengganu petang tadi untuk membantu mencari adiknya yang dilaporkan masih belum ditemui.

"Kami sebagai waris perlu ke sana untuk membantu apa yang patut termasuk ujian DNA jika diperlukan. Kami masih menaruh harapan dan berharap ada keajaiban untuk adik.

"Keluarga di sini juga menunggu laporan semasa daripada pihak berkuasa di sana. Buat masa ini, tiada lagi berita yang kami peroleh mengenai adik," katanya.

Polis mengesahkan hanya enam mayat tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemui sehingga petang Isnin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kekeliruan timbul disebabkan masalah komunikasi berikutan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terletak jauh di dalam hutan.

Sembilan beranak yang terbabit dalam kejadian itu ialah Karim Abdullah, 39, ibu, Azizah Eiyi, 40; selain Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Mayat ketiga, keempat ditemui - Polis

Tragedi kepala air: Operasi diperluas ke tiga zon babit 32 km

[VIDEO] Jenazah mangsa tragedi kepala air tiba di HSNZ

Tragedi Kepala Air: Hanya enam mayat ditemui setakat ini - Polis

'Tak sangka itu perkhemahan terakhir mereka sekeluarga'

Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung esok